Anda balas WhatsApp pelanggan satu demi satu. Edit posting untuk esok pagi. Kira stok yang tinggal. Hari ini ada order, alhamdulillah.
Tapi hujung bulan, anda tenung baki akaun dan tertanya: dengan jualan sebanyak itu, kenapa duit tetap sempit?
Esoknya anda ulang semula. Posting lagi. Boost lagi. Sebab dalam kepala hanya ada satu jawapan: kena cari lebih ramai pelanggan.
Anda tak malas. Anda bukan tak pandai. Anda cuma bekerja keras pada bahagian yang paling nampak, sedangkan kebocoran sebenar selalunya di tempat yang tak nampak: perbualan yang tak dibawa ke closing, pelanggan lama yang dibiarkan, margin yang tak pernah dikira.
Bangkit Berniaga! dibina untuk satu tujuan: bantu anda nampak di mana bocornya, dan apa yang perlu dibuat dalam 72 jam selepas program.